Tempahan Akan diterima Dalam Masa 4 hari Bekerja...Terima Kasih

Ikan ABU

Tambah kapsyen

semua jenis spesies betta splendens berasal daripada jenis ikan liar yang bersirip pendek (plakat). Sejak dari dahulu lagi gaya sirip pendek ini dipercayai oleh masyarakat Thailand. Ikan laga Thai diambil daripada spesies betta liar yang ditangkap. Objektif utama mereka memilih jenis betta liar adalah kerana ciri-ciri sifat semulajadi ikan tersebut, tahan lasak, saiz, cara laga dan warnanya.

Betta berkembang dengan mempunyai dorsal ( bahagian belakang) yang sedikit panjang dan ekor bersirip ( caudal fin). Ikan jenis ini tidak mempunyai semangat juang yang tinggi berbanding Betta liar kerana mereka kurang agresif dan tidak dapat melakukan serangan yang pantas berbanding dengan spesies liar yang mempunyai sirip yang pendek.

Sekitar 1960 penternak dari India berjaya menternak betta dengan 2 sirip ekor atau dikenali sebagai double tail (berekor dua). Ciri-ciri yang nyata bagi jenis ikan ini ialah ukuran sirip dorsalnya(bahagian belakang) yang agak besar dan badannya yang sedikit pendek.Mungkin mereka mahu menjarakkan ciri terakhir ini dengan mengacukkan betta doubletails dengan single tail. Penternak sedar akan peningkatan dan perubahan dalam bentuk sirip dorsal dan sirip ekor pada anak dan telur ikan ini. Sedikit demi sedikit pengemar akuarium mula disukai di Eropah dan Amerika.Kesan daripada fenomena ini, Asia mula menternak Betta Splendens jenis bersirip panjang dalam skala yang besar di ladang-ladang penternakan.